Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (11)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (11)




15. Iktibar daripada dasar luar Malaysia

Politik

Iktibar yang perlu diamalkan ialah kita harus mengukuhkan semangat kerjasama dengan negara-negara jiran supaya dapat menjamin keselamatan negara dan kestabilan politik negara.Hal ini seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara kita. Kerjasama yang erat dalam politik boleh membanteras jenayah merentasi sempadan dan kegiatan penyeludupan.Dengan ini hubungan diplomatik yang diamalkan selama ini membantu meningkatkan pertahanan negara kita.

Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita selama ini telah berjaya mengeratkan hubungan dengan hampir semua negara dunia dan membantu kita pada masa getir..Buktinya ialah ketika negara menghadapi masa yang sangat genting dalam isu kehilangan MH370 hampir dua puluh negara menghulurkan bantuan dalam misi pencariani pesawat itu.

Kita juga harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Pemimpin

Malaysia telah berani mempertahankan hak dan maruah bangsa dalam persidangan antarabangsa. Seterusnya pemimpin juga sentiasa sedia menerima perubahan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus globalisasi. Dasar pemimpin yang mengamalkan pendekatan rundingan dalam menyelesaikan pertelingkahan antara negara perlu dicontohi oleh generasi muda hari ini demi menjaga imej negara kita.

Rakyat negara kita juga perlu mengambil iktibar dariapada kekacauan dan peperangan yang berlaku di negara lain dengan mengukuhkan perpaduan kaum demi menjamin keamanan negara kita.



Ekonomi

Iktibar seterusnya ialah negara kita perlu mengutamakan kemakmuran ekonomi dalam dasar luarnya. Antaranya kita perlu meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara dunia..Seterusnya perlu mengamalkan dasar mesra pelabur untuk menarik lebih ramai pelabur asing. Ini akan menguatkan lagi persaingan Malaysia di persada antarabangsa. Seterusnya kerjasama ekonomi juga membantu pertukaran teknologi dan teknikal dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat membantu Malaysia menjadi negara industri yang maju menjelang tahun 2020. Kerjasama ini juga dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita dan kemakmuran bersama.

Kita banyak bergantung kepada negara jiran untuk mendapatkan sumber makanan dan bekalan barang keperluan harian.Kita juga amat bergantung kepada negara-negara jiran untuk mendapatkan sumber tenaga buruh.Oleh itu kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara.




Sosial

Penglibatan Malaysia dalam bidang sukan seperti sukan Komanwel, Sukan Oilmpik,

Sukan SEA menunjukkan kita mementingkan semangat perpaduan dan kerjasama melalui sukan.Seterusnya membantu memantapkan lagi mutu sukan negara. Penyertaan dalam sukan-sukan ini secara tak langsung berjaya menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pemenang dalam sukan ini membuktikan slogan Malaysia Boleh menjadi suatu kenyataan.

Dalam bidang bidang pendidikan pula, berlaku pertukaran pelajar antara negara. Hal ini dapat memahami budaya, dan cara hidup pelajar negara lain. Ini dapat mewujudkan sikap liberal dalam kalangan masyarakat negara kita. Ini seterusnya dapat mewujudkan persefahaman anata kaum.

Seterusnya hasil dasar luar yang berbaik dengan semua negara, Malaysia juga menerima bantuan kemanusiaan seperti dari negara Taiwan ketika musibah banjir di Pantai Timur pada tahun 2014. Ini membuktikan dasar setia kawan Malaysia terpelihara.

Dasar Malaysia yang mementingkan keadilan sejagat perlu dijadikan iktibar oleh negara lian. Perjuangan Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan Isu Palestin membuktikan Malaysia komited terhadap isu-isu yang tidak adil yang berlaku di dunia. Ini menunjukkan Malaysia peka dalam memperjuangkan hak asasi manusia.


16.RUMUSAN / KESIMPULAN

(a) Pengetahuan

Pengetahuan yang diperoleh ialah dasar luar Malaysia dibentuk berasaskan kepentingan yang membawa kebaikan kepada negara.Tetapi inanya berubah-ubah mengikut kepimpinan

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara bagi memperjuangkan keamanan dunia dan kedaulatan negara kita. Selain itu kemajuan ekonomi negara juga bergantung kepada dasar yang yang mantap.

(b) Nilai / Unsur Patriotisme

Sentiasa bersikap toleransi agar sebarang perbalahan dapat diselesaikan dengan baik.Keadaan ini boleh mewujudkan keamanan dunia.

Sikap kerjasama perlu ada antara pemimpin dunia bagi memastikan kemajuan ekonomi dinikmati bersama

Kita mestilah menanamkan semangat cinta akan keamanan bagi menjaga keharmonian hidup.




Pemimpin harus memiliki semangat jati diri yang mantap agar tidak menimbulkan sebarang isu yang menimbulkan pertikaian dan perselisihan.

Kita perlu sedia berkorban dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara agar negara luar terus menghormati Malaysia.



(c) Harapan

Segala bentuk dasar luar yang telah bentuk dan akan dilaksanakan akan merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang maju dan makmur.

Rakyat di negara ini akan menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin agar negara kita terus aman dan harmoni.

Semua negara di dunia perlu saling menghormati bagi memastikan dunia kekal aman dan selamat untuk didiami.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi mengatasi isu antarabangsa.


.

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (10)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (10)


14.USAHA / LANGKAH /CARA DALAM MENGATASI CABARAN

(a) Penyelasaian melalui mahkamah antarabangsa

Kedua-dua negara yang menghadapi krisis boleh menjalankan penyelesaian dengan merujuk kepada mahkamah antarabangsa.Sekiranya semua negara mematuhi peraturan dan keputusan yang ditetapkan maka keamanan dunia berjaya diwujudkan. Ini juga dapat memulihkan semula hubungan yang baik.

Selain itu, masalah pencerobohan sempadan antarabangsa dapat diatasi dengan mengetatkan penggunaan ruang udara oleh Singapura.



(b) Mengadakan perundingan peringkat menteri.Contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam mesyuarat tersebut beberapa isu yang boleh menggugat kerjasama dapat dibincang dan diselesaikan.








(c) Masalah jenayah sempadan dapat diatasi dengan kerjasama pasukan keselamatan negara ini dengan negara jiran. Contohnya menubuhkan APPM, UPP dan ESCOM.Kerjasama ini dapat menghalang kemasukan barangan terlarang seperti senjata api, haiwan dan lain-lain lagi.

(d).Selain itu, boleh menugaskan beberapa pasukan penguatkuasaan keselamatan untuk menjaga perairan antarabangsa dan 262 pintu masuk sempadan negara seperti pasukan Maritim Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia. Melaluinya, gejala penyeludupan, pemerdagangan manusia dapat dikawal.

(e) Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina bolehmenjalinkan perkongsian risikan.Dengan ini, dapat membanteras ancaman pengganas di Lahad Datu danboleh mengeratkan hubungan Malaysia dengfan Filipina.

(f).Perlu mengelakkan kebergantungan dengan negara majudengan mengadakan kerjasama dengan negara Asia Tengggara. Dengan ini, kebergantungan dapat dikurangkan demi menjaga kepentingan bersama.

(g). Masalah kejatuhan nilai mata wang boleh diatasi jika menyelaraskan penggunaan mata wang USD bagi memudahkan urusan perdagangan.Selain itu, Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan seperti dinar emas. Ini dapat mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam.

(h).Kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI) dapat diatasi dengan menghantar mereka balik ke negara asal.Selain itu, boleh mengadakan dasar pemutihan PATI.Seterusnya, pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat tempatan untuk memenuhi sektor pekerjaan.

(i).Mengadakan rundingan dalam mengatasi masalah jerebu merentas sempadan. Jabatan Alam Sekitar kedua-dua buah negara perlu bekerjasama untuk mengekang pembakaran terbuka. Ini akan menbantu menjaga hubungan yang sihat dengan negara jiran.



.

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (9)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (9)




12. Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.

1.Mengutamakan diplomasi dalam mengatasi konflik antarabangsa

Malaysia perlu menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih erat dengan semua negara.Selain itu, perlu mengelakkan perlumbaan yang boleh mencetuskan peperangan. Contohnya, Malaysia perlu memperkasakan konsep wasatiyah dan kesederhanaan global.

2.Bersahabat dengan semua negara tanpa mengira blok

Malaysia perlu berpegang teguh kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Seterusnya, menghormati kedaulatan negara lain dan menyokong usaha keamanan supaya kesejahteraan dunia berkekalan.Malaysia juga perlu berperanan dalam menghapuskan sistem blok dalam ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU).

3.Menghulurkan bantuan kepada negara yang memerlukan

Malaysia terus membantu negara-negara miskin seperti Sudan, Somalia.Boleh mendesak negara kaya (G7) supaya membantu membangunkan semula negara miskin. Contohnya, Malaysia boleh mencadangkan dana yang perlu dikeluarkan oleh negara G7 kepada negara miskin melalui PBB.

4.Menghormati kebebasan beragama

Kebebasan beragama merupakan amalan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.Maka Malaysia perlu lantang bersuara terhadap dasar penghapusan etnik dan agama seperti yang berlaku kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.Malaysia perlu terus menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

5. Mengeratkan hubungan dengan negara Islam

Bagi bertujuan mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.Malaysia perlu meberi bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.








13.Cabaran / Halangan / Ancaman dalam melaksanakan dasar luar Malaysia pada hari ini / era globalisasi

Politik

(a) Pencerobohan sempadan antarabangsa

Isu pencerobohan melahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia. Contohnya, pencerobohan tentera udara Singapura di ruang udara Johor. Ini telah mengancam keselamatan negara. Selain itu, isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara juga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya, isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Akibatnya, Malaysia telah kehilangan wilayah yang sebelum ini menjadi hakmiliknya. Hal ini telah mengancam hak dan kedaulatan negara kita. Seterusnya, pencerobohan daratan juga berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari Filipina di Lahad Datu juga mencabar hubungan kita dengan Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing seperti dari Thailand dan Vietnam di perairan laut kita menyebabkan hubungan baik kita dengan negara jiran tergugat.

(b) Ancaman ektremis Islam

Contohnya, Thailand sering menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu ‘POLO’. Penglibatanwarga Malaysia di Syria dan Filipina menyebabkan Malaysia sering dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

(c)Tuntutan pemisah dengan negara jiran

Juga mendatangkan masalah kepada negara kita. Ini kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.Selain itu, Malaysia juga diminta menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian ini.Contohnya tuntutan pemisah Moro di Filipina dan pemisah di Selatan Thailand.

(d) Kelonggaran undang-undang di negara jiran

Kelonggaran undang-undang di negara jiran juga menggugat hubungan kita. Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran di Thailand boleh menular ke negara kita.Kemasukan senjata api terutama dari Tahailand akan mengancam keselamatan dan ketenteraman negara kita.










(e)Kehilangan pesawat MH370

Isu terbesar yang menjadi cabaran kepada negara kita ialah kehilangan pesawat

MH370 telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa buah negara luar. Ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Contohnya, China yang merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia terhadap isu tersebut.



EKONOMI

(a) Penyeludupan di sempadan negara

Contohnya, penyeludupan beras dan minyak bersubsidi di sempadan Malaysia-

Thailand dan Sarawak-Kalimantan. Hal ini membawa kerugian kepada negara yang terlibat dan menjejaskan hubungan antara negara serantau.

(b) Kejatuhan nilai mata wang

Malaysia terdedah dengan serangan mata wang oleh penyangak mata wang. Hal ini menyebabkan nilai mata wang Malaysia menjadi tidak stabil dan tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.Akibatnya, pelaburang asing terjejas dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia akan tergugat.

(d) Kebergantungan kepada negara maju

Malaysia terpaksa menjual getah dan kelapa sawit dengan harga yang ditentukan oleh negara pembeli seperti Amerika Syarikat.Akibatnya, Malaysia kurang menjalinkan hubungan dengan negara-negara sedang membangun.



SOSIAL

(a) Jenayah merentasi sempadan

Contohnya, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah.Pengedar dadah menjadikan

Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi keldai dadah.

(b) Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI)

Kemasukan pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh , Vietnam dan Nepal telah merengangkan hubungan antara negara-negara terbabit.Hal ini kerana kemasukan buruh asing telah membawa kepada peningkatan masalah sosial di negara kita seperti kes pembunuhan di Pasar Borong Selayang.Selain itu, mewujudkan






kebergantungan kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan dan perladangan.

Terdapat juga pelarian politik dari negara jiran terutama pelarian politik Rohingya dari Myanmar.

(c) Isu pertindihan kebudayaan

Isu bertindih tuntutan bersama berkaitan kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet. Isu nyanyian dan tarian ini telah dibangkitkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil seni mereka.

(d) Masalah pembakaran terbuka dan jerebu

Pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera , Indonesia mengakibatkan masalah pencemaran udara dan mengancam kualiti udara di negara kita. Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. Akibatnya, timbul isu tuduh menuduh antara negara serantau

(e) Krisis kemanusiaan

Dasar perlindungan Malaysia ke atas pelarian Rohingya di Myanmar telah menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi tegang.

(e) Masalah pemerdagangan manusia, haiwan , senjata api dan mercun

Kebanyakan barang terlarang yang masuk ke negara kita ialah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara kita seperti Thailand.


.

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (8)



Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (8)



11. Cadangkan hala tuju dasar luar Malaysia pada masa depan

ATAU

Cara untuk memantapkan dasar luar negara pada masa hadapan

(a) Politik

Memperkukuh hubungan diplomatik

Malaysia perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.Selain itu, Malaysia juga tidak boleh selektif dalam mengadakan hubungan bilateral dan multilateral.Ini akan membantu meningkatkan imej negara di persada dunia.Negara kita perlu membuka kedutaan di semua negara tanpa mengira ideologi.

Mengelakkan konflik antarabangsa

Malaysia perlu mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam politik negara lain.Contohnya Malaysia tidak memberi sebarang bantuan kepada militan Islam di bahagian selatan Thailand.Malaysia menggunakan pendekatan rundingan dan kerjasama.Selain itu, perlu merujuk PBB dalam mengatasi pertikaian yang melibatkan Malaysia dengan negara luar..Seterusnya, Malaysia juga menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam isu pertindihan hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura. Malaysia juga mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan PBB dalam isu tututan hak ke atas Kepulauan Spartly oleh beberapa Asia Tenggara dan China.

Dasar Berkecuali

Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia selama ini juga merupakan satu pendekatan dasar luar yang baik kerana mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

Ini meningkatkan lagi persefahaman Malaysia dengan negara luar. Pendekatan ini juga membantu negara kita menerima banyak bantuan ekonomi dan kepakaran dari negara lain. Contohnya negara China telah banyak membantu dalam bidang kemasukan pemodalan.


















(b)Ekonomi

Perjanjian Memorandum Persefahaman(MOU)

Dalam perhubungan ekonomi pula, Malaysia selalu mengamalkan dasar MOU untuk menarik pelaburan luar negara. Setiap kali apabila pemimipin negara kita membuat lawatan kerja ke negara luar MOU menjadi satu agenda utama untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. MOU juga membuka peluang kepada pelabur Malaysia untuk mendapatkan peluang pelaburan di negara luar. Melalui cara ini pendapatan negara kita dapat ditingkatkan. Seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk negara kita juga diluaskan.

Kerjasama perdagangan antarabangsa

Malaysia juga perlu meningkatkan kerjasama perdagangan antarabangsa.Melalui kerjasama ini Malaysia perlu mengamalkan sikap bersaing di peringkat global dengan memperkenalkan syarat-syarat perdagangan yang berpatutan.Kesannya urusan import dan eksport dapat dipermudahkan lagi dan ini akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan pendapatan negara kita.

Dasar Ekonomi Bebas

Malaysia perlu meneruskan dasar ekonomi bebas dengan memberi taraf perintis kepada negara-negara baru yang melabur dalam pelbagai bidang di negara kita. Disamping itu, negara kita perlu mengamalkan pasaran bebas dengan mengurangkan cukai ke atas barang import dan eksport dari negara luar.Kerajaan juga perlu mengurangkan cukai perkhidmatan dan barangan dari negara lain.Seterusnya Malaysia perlu membantu melaksanakan akta AFTA untuk meningkatkan lagi pasaran ekonomi bebas di rantau ini.



(c)Sosial

Mengadakan lawatan

Pemimpin negara kita perlu kerap mengadakan lawatan ke negara lain untuk memantapakan lagi perhubungan dua hala.Pemimpin negara juga boleh menghadiri acara atau sambutan rasmi negara berkenaan. Contohnya sambutan hari kemerdekaan negara lain




Menghantar bantuan kemanusiaan

Bantuan misi kemanusiaan kepada negara yang menghadapi bencana alam atau perang akan mendekatkan lagi perhubungan antara Malaysia dengan negara penerima. Ini akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang tinggi di mata dunia.

.

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (7)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (7)


10. Selepas merdeka, dasar luar Malaysia berjaya menaikkan nama negara di persada dunia.Bincangkan

ATAU

Dasar luar negara berjaya mengetengahkan isu-isu  antarabangsa. Jelaskan


(a).Memperjuangkan Isu Palestin

Menyokong Palestin untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh dan menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan Palestin. Pendirian Malaysia adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah negara. Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini dalam PBB dan OIC. Serta telah mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

(b).Membela hak asasi manusi

(i))Menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan

Kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum, maka Malaysia bersuara lantang di

PBB dan NAM untuk menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika Selatan tidak menghormati hak asasi manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan warna kulit.Ini membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.


(ii)Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.

Malaysia mengutuk penindasan kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap rakyat Bosnia di PBB

(iii) Isu Rohinya di Myanmar

Malaysia mengutuk penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohinya yang menafikan hak mereka sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian. Malaysia memberi perlindungan politik kepada mereka
(iv)   Malaysia bersama-sama Ireland telah mengutuk China Komunis kerana mencabuli hak asasi penduduk Tibet.
(v) Malaysia turut menyelesaikan masalah pelarian Vietnamdengan memberikan

perlindungan politik di negara kita.






(c).Gejala Penyalahgunaan Dadah.

Malaysia berpendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di Vienna Austria pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.

(d).Memperjuangkan isu Benua Antartika

Malaysia menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela nasib semua negara.

(e).Isu Alam Sekitar

Melalui Deklarasi Langkawi dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di

Kula Lumpur, Malaysia telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal pencemaran. Ini membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan sejagat.
(f).Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan Pengaman PBB

Sejak tahun 1960 Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo. Seterusnya pada tahun 1989 Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Selain itu pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

(g).Peranan sebagai orang tengah menyelesaikan konflik antarabangsa

(i) Konflik Pulau Minadanao, Selatan Filipina.

Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa moro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.

(h).Bantuan Kemanusiaan

Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan di bawah MERCY Malaysia ke Palestin, Acheh, Iran, Pakistan dan sebagainya.

.