Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (8)
ATAU
Cara untuk memantapkan dasar luar negara pada masa hadapan
(a) Politik
Memperkukuh hubungan diplomatik
Malaysia perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.Selain itu, Malaysia juga tidak boleh selektif dalam mengadakan hubungan bilateral dan multilateral.Ini akan membantu meningkatkan imej negara di persada dunia.Negara kita perlu membuka kedutaan di semua negara tanpa mengira ideologi.
Mengelakkan konflik antarabangsa
Malaysia perlu mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam politik negara lain.Contohnya Malaysia tidak memberi sebarang bantuan kepada militan Islam di bahagian selatan Thailand.Malaysia menggunakan pendekatan rundingan dan kerjasama.Selain itu, perlu merujuk PBB dalam mengatasi pertikaian yang melibatkan Malaysia dengan negara luar..Seterusnya, Malaysia juga menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam isu pertindihan hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura. Malaysia juga mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan PBB dalam isu tututan hak ke atas Kepulauan Spartly oleh beberapa Asia Tenggara dan China.
Dasar Berkecuali
Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia selama ini juga merupakan satu pendekatan dasar luar yang baik kerana mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
Ini meningkatkan lagi persefahaman Malaysia dengan negara luar. Pendekatan ini juga membantu negara kita menerima banyak bantuan ekonomi dan kepakaran dari negara lain. Contohnya negara China telah banyak membantu dalam bidang kemasukan pemodalan.
Perjanjian Memorandum Persefahaman(MOU)
Dalam perhubungan ekonomi pula, Malaysia selalu mengamalkan dasar MOU untuk menarik pelaburan luar negara. Setiap kali apabila pemimipin negara kita membuat lawatan kerja ke negara luar MOU menjadi satu agenda utama untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. MOU juga membuka peluang kepada pelabur Malaysia untuk mendapatkan peluang pelaburan di negara luar. Melalui cara ini pendapatan negara kita dapat ditingkatkan. Seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk negara kita juga diluaskan.
Kerjasama perdagangan antarabangsa
Malaysia juga perlu meningkatkan kerjasama perdagangan antarabangsa.Melalui kerjasama ini Malaysia perlu mengamalkan sikap bersaing di peringkat global dengan memperkenalkan syarat-syarat perdagangan yang berpatutan.Kesannya urusan import dan eksport dapat dipermudahkan lagi dan ini akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan pendapatan negara kita.
Dasar Ekonomi Bebas
Malaysia perlu meneruskan dasar ekonomi bebas dengan memberi taraf perintis kepada negara-negara baru yang melabur dalam pelbagai bidang di negara kita. Disamping itu, negara kita perlu mengamalkan pasaran bebas dengan mengurangkan cukai ke atas barang import dan eksport dari negara luar.Kerajaan juga perlu mengurangkan cukai perkhidmatan dan barangan dari negara lain.Seterusnya Malaysia perlu membantu melaksanakan akta AFTA untuk meningkatkan lagi pasaran ekonomi bebas di rantau ini.
(c)Sosial
Mengadakan lawatan
Pemimpin negara kita perlu kerap mengadakan lawatan ke negara lain untuk memantapakan lagi perhubungan dua hala.Pemimpin negara juga boleh menghadiri acara atau sambutan rasmi negara berkenaan. Contohnya sambutan hari kemerdekaan negara lain