Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (7)
ATAU
Dasar luar negara berjaya mengetengahkan isu-isu antarabangsa. Jelaskan
(a).Memperjuangkan Isu Palestin
Menyokong Palestin untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh dan menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan Palestin. Pendirian Malaysia adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah negara. Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini dalam PBB dan OIC. Serta telah mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
(b).Membela hak asasi manusi
(i))Menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan
Kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum, maka Malaysia bersuara lantang di
PBB dan NAM untuk menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika Selatan tidak menghormati hak asasi manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan warna kulit.Ini membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.
(ii)Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.
Malaysia mengutuk penindasan kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap rakyat Bosnia di PBB
(iii) Isu Rohinya di Myanmar
Malaysia mengutuk penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohinya yang menafikan hak mereka sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian. Malaysia memberi perlindungan politik kepada mereka (iv) Malaysia bersama-sama Ireland telah mengutuk China Komunis kerana mencabuli hak asasi penduduk Tibet. (v) Malaysia turut menyelesaikan masalah pelarian Vietnamdengan memberikan
perlindungan politik di negara kita.
Malaysia berpendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di Vienna Austria pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.
(d).Memperjuangkan isu Benua Antartika
Malaysia menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela nasib semua negara.
(e).Isu Alam Sekitar
Melalui Deklarasi Langkawi dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di
Kula Lumpur, Malaysia telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal pencemaran. Ini membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan sejagat. (f).Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan Pengaman PBB
Sejak tahun 1960 Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo. Seterusnya pada tahun 1989 Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Selain itu pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
(g).Peranan sebagai orang tengah menyelesaikan konflik antarabangsa
(i) Konflik Pulau Minadanao, Selatan Filipina.
Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa moro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.
(h).Bantuan Kemanusiaan
Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan di bawah MERCY Malaysia ke Palestin, Acheh, Iran, Pakistan dan sebagainya.
.
Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (7)
ATAU
Dasar luar negara berjaya mengetengahkan isu-isu antarabangsa. Jelaskan
(a).Memperjuangkan Isu Palestin
Menyokong Palestin untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh dan menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan Palestin. Pendirian Malaysia adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah negara. Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini dalam PBB dan OIC. Serta telah mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
(b).Membela hak asasi manusi
(i))Menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan
Kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum, maka Malaysia bersuara lantang di
PBB dan NAM untuk menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika Selatan tidak menghormati hak asasi manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan warna kulit.Ini membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.
(ii)Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.
Malaysia mengutuk penindasan kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap rakyat Bosnia di PBB
(iii) Isu Rohinya di Myanmar
Malaysia mengutuk penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohinya yang menafikan hak mereka sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian. Malaysia memberi perlindungan politik kepada mereka
(iv) Malaysia bersama-sama Ireland telah mengutuk China Komunis kerana mencabuli hak asasi penduduk Tibet.
(v) Malaysia turut menyelesaikan masalah pelarian Vietnamdengan memberikan
perlindungan politik di negara kita.
Malaysia berpendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di Vienna Austria pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.
(d).Memperjuangkan isu Benua Antartika
Malaysia menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela nasib semua negara.
(e).Isu Alam Sekitar
Melalui Deklarasi Langkawi dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di
Kula Lumpur, Malaysia telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal pencemaran. Ini membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan sejagat.
(f).Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan Pengaman PBB