Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (4)

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (4)


5. Sejauh manakah dasar luar yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai matlamat yang diharapkan?

(a) Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara

Melalui dasar berkecuali, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara samaada negara-negara kapitalis atau negara-negara komunis.Hal ini membuktikan Malaysia tiada permusuhan dengan mana-mana negara. Segala masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan diplomasi.
Berbaik-baik dengan negara Komanwel seperti Britain, Australia, Kanada dapat bantuan menghadapi ancaman Komunis khasnya dari Parti Komunis Malaya. Selain itu berjaya mengatasi Konfrantasi Indonesia dan bantu menyelesaikan isu pembentukan Malaysia.
Melalui pertubuhan ASEAN, konsep ZOPFAN berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau ini termasuk di negara kita. Hal ini kerana negara-negara ASEAN berikrar tidak bersekongkol mana-mana blok dunia atau kuasa besar.ASEAN juga telah mengisytiharkan kawasan Asia Tenggara bebas senjata nuclear.

Kerjasama dengan negara-negara serantau seperti dengan Indonesia dan Filipina dapat membanteras ancaman keganasan merentasi sempadan seperti ancaman Daeish di Asia Tenggara. Selain itu Ancaman kumpulan militan Abu Sayaff dari Selatan Filipina juga dapat dibendung di perariran Sabah. Hal ini kerana adanya kerjasama dengan Filipina. Seterusnya Filipina telah membantu Malaysia dalam menghadapi pencerobohan Sulu di Lahad Datu Sabah.






(b) Kemajuan ekonomi

Hubungan baik-baik dengan negara luar berjaya menarik pelaburan asing. Contohnya ramai pelabur dari China dan Singapura melabur dalam Projek Iskandar di Johor. Banyak syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat dan Jepun telah menanam modal yang besar di negara kita. Contohnya Syarikat Intel dan Western Digital dari
Amerika Syarikat. Hal ini dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta menambahkan pendapatan negara.Selain itu dapat membangunkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan ais. Contohnya di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang.
Melalui dasar negara yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan tidak mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan perladangan.

Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat membantu kemajuan sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.

Seterusnya tenaga kerja mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.


(c) Warga global yang bertanggungjawab

(i) Bantuan Kemanusiaan

Malaysia menghantar bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan kepada negara yang menghadapi ancaman peperangan dan bencana alam. Contohnya gempa bumi di Iran serta bencana tsunami di Acheh Indonesia. Seterusnya melalui Pasukan MERCY Malaysia menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.

(ii) Misi Keamanan

Selain itu Malaysia berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Contohnya Malaysia telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo,

Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.




Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur


6. Sebab dasar luar Malaysia berubah dari masa ke semasa

(i) Perubahan kepimpinan

Perubahan ini kerana mengikut dasar seseorang pemimpin ketika itu. Contohnya

Tunku Abdul Rahman pro Barat dan anti Komunis. Hal ini kerana Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya yang memerlukan bantuan negara
Komanwel seperti Britain dan Australia.

Ketika Tun Abdul Razak pula mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti Vietnam dan China.

Ketika Dr.Mahathir Mohammad pula penekanan kepada kepentingan ekonomi dalam bentuk dua hala. Beliau memberi penekanan kepada Dasar Pandang Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan memainkan peranan dalam kemajuan ekonomi negara dengan kemasukan modal dan kepakaran teknologi.
Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak meneruskan dasar-dasar pemimpin terdahulu seperti mementingkan kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN dengan mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN (ASEAN SUMMIT).

Beliau menjalinkan hubungan duahala dengan rakan-rakan dagangan seperti China, Jepun dan Singapura.


(ii) Kepentingan Ekonomi

Tunku Abdul Rahman telah mengadakan hubungan erat dengan Britain dan Amerika Syarikat untuk pemasaran getah dan bijih timah yang menjadi hasil utama negara ketika itu. Selain itu kemasukan pelaburan dari Britain dan Amerika Syarikat yang menguasai sektor perladangan di negara kita.
Tun Abdul Razak

Menjalinkan hubungan ekonomi dengan semua negara samaada komunis atau kapitalis. Mula menjalinkan hubungan ekonomi dengan China.




Dato Seri Dr.Mahathir bin Mohammad

Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Timur dan Negar-Negara dunia ke-3 seperti Amerika Selatan dan Afrika. Negara-negaar ini mula menjadi pasaran baru kepada negara kita. Selain itu kemasukan modal khasnya dari Jepun dan Korea Selatan ke negaar kita.




Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak

Mengutamakan hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN. ASEAN dijadikan pasaran utama negara kita.Beliau juga meneruskan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara Asia Timur iaitu Jepun, Korea Selatan dan China.

.