Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (3)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (3)


4. Peranan Malaysia dalam pertubuhan peringkat antarabangsa


(a) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)

Melalui PBB Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilihmenyertai pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an,

Malaysia juga telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama. Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di

bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Di samping itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawahPBB.Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaranmakanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).


(b) Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC)

Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalammemelihara keamanan dan kedaulatan duniamelalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalamkalangan negara Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysiajuga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar




dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah sepertimenghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti

Sudan, Nigeria dan Chad. Sementara itu, peranan  Malaysia  dalam  OIC  ialah

Malaysia mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

(c) Komanwel

Dalam  bidang  pendidikan.  Malaysia  telah  bekerjasama  dengan  negara-negara

Komanwel dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo.

Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melaluipenganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan negara anggota
misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk sukan pada tahun 1998.

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah diadakan di KL pada 1989. Melalui mesyuarat ini Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan dalam mengawal masalah pencemaran. Selain itu eksport Malaysia ke Britain dikenakan cukai yang rendah.


(d) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Malaysia  juga  telah  mengadakan  kerjasama  ekonomi  dengan  negara  anggota

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah yang ke-13 pada tahun 2013. Dalam siding kemuncak NAM ini Berjaya mencatatkan penyertaab tertinggi iaitu 63 buah negara. Selain itu Berjaya mendaftarakan du negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.












(e) Negara-Negara Selatan

Melalui  kerjasama  Malaysia  dengan  Negara-Negara  Selatan,dapatmengatasi

masalah harga ekspot bahan –bahan mentah serta meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan
Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan

Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

.