Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (5)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (5)


7. Mengapakah dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih

penting pada hari ini

(i) Pelaburan asing

Melalui hubungan baik dengan negara luar pelabur-pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita. Contohnya dari negara Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Timur Tengah. Ini membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Contohnya Kilang Western Digital dari Amerika Syarikat. Ini meningkatkan pendapatn rakyat tempatan dan seterusnya meningkatan taraf hidup rakyat. Keadaan ini turut mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar pengangguran di negara kita. Seterusnya pelaburan asing ini membantu meningkatkan sumber pendapatan negara kita. Hal ini berlaku melalui pembayaran cukai dan levi.

Melalui pembukaan kilang-kilang ini dapat menghasilkan barang-barang pengguna yang lebih murah, ini dapat mengurangkan pergantungan barang import dari luar negara. Ini seterusnya menyebabkan kos barang menjadi lebih murah dan rakyat mampu membeli barang-barang tersebut. Contohnya industri automobil.

(ii) Tenaga buruh

Melalui dasar negara yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan tidak mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan perladangan.




Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat membantu kemajuan sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.

Seterusnya tenaga kerja mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.




8.Peranan / sumbangan Malaysia dalam menjaga keamanan dunia melalui dasar luarnya

Menjamin kedaulatan negara. Malaysia telah mengamalkandasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali Malaysia tidak berpihak mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika Syarikat ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.

Selain itu melalui konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Ini membuktikan

Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.

Selain itu Malaysia berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Contohnya Malaysia telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Selain itu Malaysia juga bersuara lantang menentangkeganasan dalam kalangan negara-negara Islam.Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade




Centre’ di New York Amerika Syarikat, Malaysia telah mengadakan Persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian teguh menentang keganasan yang dilakukan oleh ‘IS’ di kebanyakan negara dunia hari ini. Hal ini kerana keganasan mereka ini boleh mengancam keamanan dunia.

.