(a)
|
Dalam sesebuah novel, watak utama sering mengalami konflik untuk
menghasilkan jalan cerita yang menarik.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama dan jelaskan
bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dialami itu.
[7 markah]
|
(b)
|
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, huraikan satu
pengajaran tentang ketabahan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
|
YIK 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Bimasakti (Watak utama: Nurul Hafsa)
|
Pantai Kasih (Watak utama: Doktor Raiha)
|
- Konflik memikirkan kegagalan pengunjung dari Jepun
melihat bintang
-
Murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi Hiroshima gagal melihat buruj Orion atau buruj Belantik
dengan mata kasar kerana langit pada malam tersebut menjadi cerah. Nurul
Hafsa runsing dengan situasi tersebut kerana dia bermula bertugas di Balai
Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
-
Dia mengakui puncanya kesan negative akibat pembangunan
pesat yang berlaku di Kuala Selangor mengakibatkan percemaran cahaya
-
Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dan berjanji kepada para pengunjung bahawa dia
akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
-
Dia berusaha
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
- Konflik memikirkan pencemaran cahaya di Kuala Selangor
-
Kuala Selangor berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
-
Nurul Hafsa berasa bimbang kerana pencemaran ini
menyebabkan pencerapan bintang akan gagal dan populasi kelip-kelip di Kuala
Selangor akan pupus.
-
Nurul Hafsa
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan
kemuncak fantasi.
-
Nurul Hafsa bersama
Budiman dan Muhammad Taufik berusaha dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
-
Dia berjumpa dengan
Pegawai Daerah untuk mengemukakan projek itu.
- Konflik memikirkan ada usaha menggagalkan projek Kuala
Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
-
Usaha Nurul Hafsa mahu menjadikan Kuala Selangor Kawasan
Simpan Langit Gelap mendapat tentangan hebat daripada Johann Arlington-Majid.
-
Johann mengupah tiga orang tonto untuk menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Taufik.
-
Muhammad Taufik telah dicederakan dan dirawat di
hospital.
-
Selepas itu Nurul dan Muhammad Taufik diculik oleh
penjahat.
-
Nurul Hafsa tetap
bersabar dan tidak mematahkan semangatnya.
-
Terus berusaha gigih
untuk menjayakan projek yang dirancang.
|
- Konflik memikirkan nasib pesakit Unong Siron
- Setelah memerhati
X-Ray Unong Siron hatinya menjadi tertekan dan mungkin sesuatu yang tidak
kena telah terjadi sehingga lima kali pembedahan telah dibuat oleh Doktor
Uwang ke atas Unong Siron tetapi gagal.
- Beliau mengharapkan pembedahan kali keenam yang disuruh
oleh Doktor Uwang kepadanya itu akan Berjaya berdasarkan kepakaran yang ada padanya.
- Pada waktu senja, beliau mula menjalankan tugas yang
mencabar untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron dengan penug
kesabaran.
- Konflik memikirkan kematian anak yang tersayang
- Anaknya Rohayu mati
secara tragis dalam kebakaran kereta Porsche yang dipandu oleh Dr Raiha.
- Dr Sadiz menyalahkan
Dr Raiha atas kematian Rohayu.
- Keputusan perbicaraan
mahkamah pula berpihak kepada bekas suaminya itu.
- Hidup Dr Raiha
semakin tertekan
- Beliau sabar menghadapi konflik ini
- Akhirnya Felicia Landosi membuat pengakuan bahawa dia
bersalah kerana terlibat dalam komplot kematian Rohayu yang dirancang oleh Dr
Sadiz.
- Konflik menghadapi sikap seorang jururawat
- Sister Felicia
Landosi bercakap kasar dengan ibu tua Unong Siron. Cara berkenaan salah dari
segi etika kerja di PRPK.
- Felicia memanggil
emak Unong sebagai ‘sapi tua’ dengan menggunakan suara yang agak tinggi.
- Felicia mengganggap
‘sapi’ tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan
pembedahan Unong di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Doctor Raiha berani menegur Felicia tentang cara teguran
tersebut walaupun Felicia tidak setuju dengannya.
|
YIK 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Bimasakti
|
Pantai Kasih
|
- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan untuk
mencapai cita-cita.
Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan ancaman dalam usaha untuk
mengembalikan kegelapan Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip. Mereka mahu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap dan berjanji untuk meneruskan projek walaupun apa-apa
berlaku.
Usaha mereka itu
ditentang oleh Johann Arlington-Majid yang mempunyai kepentingan diri di
kawasan tersebut. Mereka diugut, dipukul dan diculik oleh orang suruhan
Johann Arlington.
- Kita hendaklah tabah menghadapi apabila peristiwa buruk
menimpa kita
*Muhammad Taufik
tabah kerana dia menghadapi peristiwa buruk ke atasnya. Dia telah diculik dan
hilang pada waktu malam di stesen minyak petronas sewaktu hendak pergi ke
tandas. Dia ditarik ganas ke dalam ban lalu dibawa ke suatu tempat dan
kepalanya disarungkan kain hitam.
*Muhammad
Taufik juga diserang oleh penjenayah angkara usahanya untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul menemui Taufik dalam
rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang oleh ambulans.
|
- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup dalam rumah
tangga
Doctor Raiha tabah
menghadapi dugaan dan kesukaran hidup dalam rumah tangganya.
Walaupun ditentang
oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya
dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Dr Raiha juga tabah
menghadapi kerenah suaminya Doktor Sadiz. Suaminya marah kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandungnya.
Kematian anak
perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun
dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan
daripada suaminya Doktor Sadiz kerana isu kematian ini dibawa ke mahkamah dan
akhirnya Raiha dipersalahkan.
- Kita hendaklah tabah menghadapi sikap seseorang
Akhirnya Sister
Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian
anak perempuannya itu.
Sister Felicia juga
memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan
membakar kereta mewah mereka.
Doktor Raiha tabah
atas sikap Felicia yang tidak membuat pengakuan tersebut di mahkamah dan
akhirnya dia memaafkan Felicia Landosi.
- Kita hendaklah tabah menjalankan tugas yang diamanahkan
Pembedahan keenam
yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan
itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tabah menghadapi apa jua cabaran. Dia
mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis
lincah Unong Siron.
|
.