Latar tempat
merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan
dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
|
Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa
yang memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]
|
JOHOR SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Di Sebalik Dinara
|
Silir Daksina
|
-
Bilik kerja Farisha di
Soft Lab
Farisha ditunjukkan
bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ
juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya.
Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, yang juga boleh digunakan
sebagai ‘touch screen’.
Atau
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan
saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar
yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara
Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
-
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia
yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu
orang lain.
-
Monorel – Stesen kereta
api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat
menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu
menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan
wanita itu.
-
Rumah agam Karl di
Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini
yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Atau
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang
membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia
dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
-
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya, Azraai untuk makan malam. Dia tidak
menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Pada
malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia
hanya anak angkat.
|
-
Warung
Wak Min
Haiqal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan
kepada Wak Min. Wak Min meminta Haiqal
makan roti canai dahulu sementara menunggu Tauke Ong.Tauke Ong sampai di
warung Wak Min lalu mendekati Haiqal dan berjanji akan membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.
-
Balai
Raya Kampung Seri Purnama.
Haiqal pergi ke balai raya tersebut sambil ditemani
oleh See Hwa dan Lazim. Haiqal seakan-akan tidak percaya bahawa buku-buku yang
terdapat di situ adalah hasil penulisan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga
turut dipamerkan di situ, Haiqal tertarik melihat sebuah album besar yang
menyimpan gambar-gambar ayahnya.
-
Kamar
tidur Haiqal.
Umi bercerita perihal sebenar ayah kandungnya. Ayah
kandung Haikal bernama Abdullah bin
Kayan berada jauh daripadanya. Haiqal
yang masih kecil ketika itu tidak berkata apa-apa kerana enggan menyakiti
perasaan Uminya. Namun dia berhasrat untuk menjejaki kehidupan ayahnya suatu
hari nanti.
-
Kampung
Seri Purnama iaitu kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat.
Haiqal berkenalan dengan Tauke Ong dan anaknya, Ong See
Hwa. Daripada mereka,Haiqal lebih mengenali dan mengetahui perwatakan arwah
ayahnya, Abdullah bin Kayan.
|
JOHOR SET 2 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Di Sebalik Dinara
|
Silir Daksina
|
-
Peristiwa:Farisha gigih menimba ilmu dalam bidang perkomputeran. Farisha
sanggup membeli tiket yang berharga RM2,500 untuk dia dan Rosman bagi
menghadiri simposium di Hotel Renaissance yang dirasmikan oleh Philips Yong,
Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Nilai kegigihan menimba ilmu pengetahuan
-
Peristiwa: Farisha gigih mengusahakan perniagaannya bersama-sama rakan
kongsi, Rosman. Mereka sanggup menerima projek-projek kecil untuk memastikan
Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. terus maju
Nilai kegigihan memajukan bidang perniagaan.
-
Peristiwa: Aqram dan Dr Maxi berusaha menjejaki Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara seperti
yang diamanahkan oleh Karl.
Nilai kegigihan
menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda.
-
Peristiwa: Karl telah mempersiapkan Farisha sejak kecil untuk membantunya
menyelamatkan Dinra daripada dimusnahkan.
Nilai kegigihan mempertahankan hasil kajian
-
Peristiwa:Aqram menjejaki Farisha selama sebulan bermula mencari Farisha
di syarikat tempat lama Farisha bekerja. Dia juga menjejaki Farisha menerusi
alamat e-mel, facebook dan nombor telefon tetapi semuanya telah dipadam.
Akhirnya Aqram berjaya menjejaki Farisha menerusi tempahan tiket kapal
terbang.
Kegigihan menjejaki seseorang yang sangat dikehendaki
-
Peristiwa: Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam semua pekerja
masih sibuk menyiapkan tugasan masing-masing di Soft Lab.
Kegigihan menyiapkan tugasan
|
-
Peristiwa: Haiqal gigih menjejaki kehidupan arwah ayahnya, Abdullah bin
Kayan di Kampung Seri Purnama. Haiqal sanggup pergi Batu Pahat seorang diri
walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman ayahnya semata-mata
uttuk mengenali arwah ayahnya dengan lebih mendalam.
Nilai kegigihan mencari latar belakang keluarga
-
Peristiwa: Haiqal gigih belajar tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan
Lazim. Mereka sering berlatih di Balai Raya Seri Purnama. Akhirnya, Haiqal
berjaya membuat persembahan tarian
zapin dengan jayanya secara berpasangan dengan Ong See Hwa.
Nilai kegigihan mempelajari kemahiran menari
-
Peristiwa: Tauke Ong gigih bekerja sebagai penoreh getah pada waktu pagi.
Dia juga membeli hasil penduduk kampung seperti kelapa dan pisang pada waktu
petang untuk dijual di bandar.
Nilai kegigihan mencari rezeki.
-
Peristiwa: Abdullah Kayan gigih menghasilkan beberapa karya sastera
seperti novel kanak-kanak. Beliau juga berusaha gigih untuk menghidupkan
tarian zapin di Kampung Seri Purnama.
Nilai kegigihan
memperjuangkan seni bahasa dan budaya.
-
Peristiwa: Ai Ling berlatih mendeklamasi sejak pada setiap petang di
rumah Cikgu Amirunizam, Ai Ling gigih berlatih dan akhirnya dia berjaya
memenangi pertandingan mendeklamasi sajak di sekolahnya.
Nilai kegigihan berlatih untuk berjaya.
|
.