Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (16)

(a)
Dalam sesebuah novel, watak utama sering mengalami konflik untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama dan jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dialami itu.
[7 markah]

(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang ketabahan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]

YIK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Bimasakti (Watak utama: Nurul Hafsa)
Pantai Kasih (Watak utama: Doktor Raiha)
-   Konflik memikirkan kegagalan pengunjung dari Jepun melihat bintang
-      Murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi Hiroshima gagal melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar kerana langit pada malam tersebut menjadi cerah. Nurul Hafsa runsing dengan situasi tersebut kerana dia bermula bertugas di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
-      Dia mengakui puncanya kesan negative akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor mengakibatkan percemaran cahaya
-      Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dan berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
-      Dia berusaha menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
-   Konflik memikirkan pencemaran cahaya di Kuala Selangor
-      Kuala Selangor berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
-      Nurul Hafsa berasa bimbang kerana pencemaran ini menyebabkan pencerapan bintang akan gagal dan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor akan pupus.
-      Nurul Hafsa memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
-      Nurul Hafsa bersama Budiman dan Muhammad Taufik berusaha dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
-      Dia berjumpa dengan Pegawai Daerah untuk mengemukakan projek itu.
-   Konflik memikirkan ada usaha menggagalkan projek Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
-      Usaha Nurul Hafsa mahu menjadikan Kuala Selangor Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat tentangan hebat daripada Johann Arlington-Majid.
-      Johann mengupah tiga orang tonto untuk menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Taufik.
-      Muhammad Taufik telah dicederakan dan dirawat di hospital.
-      Selepas itu Nurul dan Muhammad Taufik diculik oleh penjahat.
-      Nurul Hafsa tetap bersabar dan tidak mematahkan semangatnya.
-      Terus berusaha gigih untuk menjayakan projek yang dirancang.
-   Konflik memikirkan nasib pesakit Unong Siron
-   Setelah memerhati X-Ray Unong Siron hatinya menjadi tertekan dan mungkin sesuatu yang tidak kena telah terjadi sehingga lima kali pembedahan telah dibuat oleh Doktor Uwang ke atas Unong Siron tetapi gagal.
-   Beliau mengharapkan pembedahan kali keenam yang disuruh oleh Doktor Uwang kepadanya itu akan Berjaya berdasarkan kepakaran yang ada padanya.
-   Pada waktu senja, beliau mula menjalankan tugas yang mencabar untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron dengan penug kesabaran.
-   Konflik memikirkan kematian anak yang tersayang
-   Anaknya Rohayu mati secara tragis dalam kebakaran kereta Porsche yang dipandu oleh Dr Raiha.
-   Dr Sadiz menyalahkan Dr Raiha atas kematian Rohayu.
-   Keputusan perbicaraan mahkamah pula berpihak kepada bekas suaminya itu.
-   Hidup Dr Raiha semakin tertekan
-   Beliau sabar menghadapi konflik ini
-   Akhirnya Felicia Landosi membuat pengakuan bahawa dia bersalah kerana terlibat dalam komplot kematian Rohayu yang dirancang oleh Dr Sadiz.
-   Konflik menghadapi sikap seorang jururawat
-   Sister Felicia Landosi bercakap kasar dengan ibu tua Unong Siron. Cara berkenaan salah dari segi etika kerja di PRPK.
-   Felicia memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ dengan menggunakan suara yang agak tinggi.
-   Felicia mengganggap ‘sapi’ tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan Unong di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
-   Doctor Raiha berani menegur Felicia tentang cara teguran tersebut walaupun Felicia tidak setuju dengannya.



YIK 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Bimasakti
Pantai Kasih
-   Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan untuk mencapai cita-cita.
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan ancaman dalam usaha untuk mengembalikan kegelapan Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip. Mereka mahu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap dan berjanji untuk meneruskan projek walaupun apa-apa berlaku.
Usaha mereka itu ditentang oleh Johann Arlington-Majid yang mempunyai kepentingan diri di kawasan tersebut. Mereka diugut, dipukul dan diculik oleh orang suruhan Johann Arlington.
-   Kita hendaklah tabah menghadapi apabila peristiwa buruk menimpa kita
*Muhammad Taufik tabah kerana dia menghadapi peristiwa buruk ke atasnya. Dia telah diculik dan hilang pada waktu malam di stesen minyak petronas sewaktu hendak pergi ke tandas. Dia ditarik ganas ke dalam ban lalu dibawa ke suatu tempat dan kepalanya disarungkan kain hitam.
*Muhammad Taufik juga diserang oleh penjenayah angkara usahanya untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul menemui Taufik dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang oleh ambulans.
-   Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup dalam rumah tangga
Doctor Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup dalam rumah tangganya.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Dr Raiha juga tabah menghadapi kerenah suaminya Doktor Sadiz. Suaminya marah kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya.
Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz kerana isu kematian ini dibawa ke mahkamah dan akhirnya Raiha dipersalahkan.
-   Kita hendaklah tabah menghadapi sikap seseorang
Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
Doktor Raiha tabah atas sikap Felicia yang tidak membuat pengakuan tersebut di mahkamah dan akhirnya dia memaafkan Felicia Landosi.
-   Kita hendaklah tabah menjalankan tugas yang diamanahkan
Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tabah menghadapi apa jua cabaran. Dia mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.


.