Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (4)


Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel.

Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]

Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut?
[8 markah]

JOHOR SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara
Silir Daksina
-   Masyarakat yang penyayang
Peristiwa: Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai tetap menyayanginya seperti adik kandung. Azraai memasang ‘retinal scanner’ di pintu masuk rumah Farisha untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin.
-   Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup
Peristiwa: Farisha tabah menerima hakikat bahawa Karl, seorang saintis terkenal yang terlantar sakit dan sedang nazak itu ialah bapa kandungnya dan Medina ialah ibu kandungnya yang pernah cuba membunuhnya semasa dia kecil.
-   Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Peristiwa: Dr. Haris bertanggungjawab merawat Karl. Dr. Haris menjerit mengingatkan Dr. Maxi agar segera menghentikan sesi komunikasi bawah sedar kerana Karl sedang nazak.
-   Masyarakat yang bekerjasama dalam memajukan syarikat
Peristiwa: Farisha dan Rosman saling bekerjasama membangunkan syarikat perkongsian mereka, iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Syarikat Soft Lab.

-   Masyarakat yang penyayang
Peristiwa: Cikgu Amirulnizam amat menyayangi dan merindui anaknya yang jauh terpisah di Terengganu.  Oleh sebab Aiman sebaya dengan Ai Ling, Cikgu Amirulnizam  menyayangi dan melayani  Ai Ling seperti anaknya sendiri.
-   Masyarakat yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup
Peristiwa: Haiqal Hakimi tabah menghadapi konflik dengan ibunya yang tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup arwah ayahnya, Cikgu Abdullah di Batu Pahat.  Haiqal tetap dengan keputusannya meskipun terpaksa bertengkar dengan uminya, Rafiqah.
-   Masyarakat yang bertanggungjawab menyara keluarga
Peristiwa: Tauke Ong bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga sehingga anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.  Tauke Ong bekerja kuat sebagai penoreh getah pada waktu pagi.  Pada waktu petang pula, dia meraih pisang untuk dijual di pekan.
-   Masyarakat yang bekerjasama dalam menjalankan sesuatu program
Peristiwa: Tauke Ong dan  penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama menjayakan majlis persembahan tarian zapin untuk dipersembahkan kepada Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi.  Bermula daripada mesyuarat, membuat persiapan tempat dan menyediakan jamuan, semuanya dilakukan bersama-sama dengan sepakat.


JOHOR SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)


Di Sebalik Dinara
Silir Daksina
-   Peristiwa: Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara. Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram menjejaki Farisha untuk menggodam sistem Dinara.
Nilai kerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.

-   Peristiwa: Farisha dan Rosman bekerjasama memajukan syarikat mereka iaitu Secured Shell Sdn. Bhd.
Nilai kerjasama dalam memajukan sesebuah syarikat

-   Peristiwa: Karl bekerjasama dengan Medina bagi mencipta prototaip yang dikenali sebagai Alia.
Nilai kerjasama dalam suatu pasukan

-   Peristiwa: Shida bekerjasama dengan Farisha untuk menyemak undang-undang dan peraturan Soft Lab.
Nilai kerjasama dalam melaksanakan kajian atau penyelidikan

-   Peristiwa: Azraai bekerjasama dengan Rosman untuk menjejaki Farisha yang telah diculik oleh Medina.
Nilai kerjasama dalam usaha menyelamatkan nyawa
-    Peristiwa: penduduk kampung Seri Purnama yang terdiri dan para penduduk bekerjasama membuat persediaan untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri.
Nilai kerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program yang dirancang.

-   Peristiwa: Haiqal bersama dengan penduduk kampung berusaha untuk menghidupkan tarian zapin Jincat.
Nilai kerjasama dalam memelihara warisan budaya

-   Peristiwa: Golongan wanita yang bekerjasama menyediakan makanan untuk jamuan semasa majlis perasmian zapin di Kampung Seri Purnama.
Nilai kerjasama dalam masyarakat kampung

-   Peristiwa: Tauke Ong dan anaknya See Hwa bekerjasama dengan penduduk kampung yang terdiri daripada orang Melayu bagi menghidupkan tarian zapin.
Nilai kerjasama dalam masyarakat pelbagai kaum

-   Peristiwa: Golongan pemuda di Kampung Seri Purnama bekerjasama menyusun kerusi sebagai persiapan majlis untuk menerima kehadiran YB.
Nilai kerjasama yang erat dalam kalangan golongan muda


.