Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (1a)


Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (1a) 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

4 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

5 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

6 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

7 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

8 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

9 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati
 Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B

.