Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (2b)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
31 Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa
32 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang
33 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
34 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
35 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut
36 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
37 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah
38 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah
39 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
40 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut
.
Jawapan
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A
.