Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (1b)


Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (1b) 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara

14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
A comot-momot C simpang-siur
B kumat-kamit D kusut-masai

17 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang

18 Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B tanah-tanih D kuih-muih

19 Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk

20 Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk

.
Jawapan
11B
12C
13B
14B
15A
16B
17D
18D
19A

20B