Latihan Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (2a)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru
22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A tersengguk-sengguk C teresak-esak
B tersekat-sekat D terjerit-jerit
23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai
24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A berhenti-henti C bersiul-siul
B berjalan-jalan D berlari-lari
25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B berbalam-balam D berlapis-lapis
26 Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut
27 Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
B belakang parang kalau diasah akan tajam jua
C cacing hendak menjadi naga
D didengar ada dipakai tidak
28 Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi arang
D biar putih tulang jangan putih mata
29 Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya seorang suri rumah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris
30 Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B berani kerana benar, takut kerana salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna
Jawapan
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
.